Dua lagi rakyat Sarawak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang.<br /><br />Bagaimanapun maklumat mengenai kedua-dua individu yang berasal dari Sibu itu tidak didedahkan.<br /><br />Ahli Parlimen Bintulu, Dudong Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataannya pada Ahad berkata, mangsa terperdaya dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan menerusi Facebook pada Mac lalu.